Yeremia 20:8-9
Yeremia 20:8-9 AVB
Setiap kali aku berbicara, aku harus berteriak. Aku berseru, “Kekerasan! Perompakan!” Kerana penyampaian firman TUHAN telah membuat aku dicela dan dicemuh sepanjang hari. Kalau aku berfikir, “Aku tidak mahu menyebut-nyebut Dia dan tidak mahu berbicara lagi atas nama-Nya,” maka dalam hatiku ada sesuatu seperti api yang menyala-nyala, terkurung dalam tulang-tulangku. Aku berlelah-lelah menahannya, tetapi aku tidak sanggup.