Yesaya 61:1-3
Yesaya 61:1-3 AVB
Roh Tuhan ALLAH ada padaku, kerana TUHAN telah mengurapi aku untuk membawa khabar baik kepada orang yang tertindas. Dia mengutus aku untuk membalut hati yang hancur, untuk mengumumkan pembebasan kepada orang tawanan dan kelepasan bagi para tahanan; untuk mengisytiharkan tahun keredaan TUHAN dan hari pembalasan Allah kita; untuk menghiburkan semua yang berkabung; untuk memberi orang yang berkabung di Sion, ya, untuk mengurniai mereka perhiasan kepala sebagai ganti abu, minyak kegirangan sebagai ganti perkabungan, dan jubah puji-pujian sebagai ganti semangat yang pudar. Mereka akan disebut “Pokok oak perbenaran,” yang ditanam TUHAN supaya Dia dipermuliakan.