YouVersion Logo
Search Icon

Yesaya 41:17-20

Yesaya 41:17-20 AVB

Fakir miskin dan orang sesak mencari air tetapi tidak ada, lidah mereka kering kerana dahaga. Aku, TUHAN, akan menjawab mereka. Allah Israel, tidak akan meninggalkan mereka. Aku akan membuat sungai-sungai memancar di atas bukit-bukit yang gondol, dan mata air di tengah-tengah lembah. Aku akan membuat gurun menjadi kolam air dan tanah tandus menjadi pancaran air. Di tanah tandus Aku akan menanam pokok araz, pokok akasia, pokok murad, dan pokok zaitun. Di gurun Aku akan menumbuhkan pokok sanubar, pokok damar laut, dan pokok pinus sekali gus, supaya orang dapat melihat dan mengetahui, memperhatikan dan memahami bersama-sama, bahawa tangan TUHAN telah membuat hal itu, dan Yang Maha Suci, Allah Israel, telah menciptakannya.”

Video for Yesaya 41:17-20