YouVersion Logo
Search Icon

Yesaya 4:2-6

Yesaya 4:2-6 AVB

Pada waktu itu, Tunas yang ditumbuhkan TUHAN akan menjadi indah dan mulia, serta hasil tanah akan menjadi kebanggaan serta kehormatan bagi orang Israel yang terselamat. Orang yang tersisa di Sion dan yang tertinggal di Yerusalem akan disebut suci, iaitu semua orang yang tercatat antara mereka yang hidup di Yerusalem. Hal itu terjadi apabila Tuhan membasuh kekotoran puteri-puteri Sion dan membersihkan segala noda darah dari tengah-tengah Yerusalem dengan roh penghukum dan roh pembakar. Di atas seluruh tempat di Gunung Sion dan di atas orangnya yang berjemaah, TUHAN akan menciptakan awan serta asap pada siang hari dan cahaya api yang menyala pada malam hari. Sungguh, di atas semua itu kemuliaan akan menjadi suatu tudung dan suatu pondok sebagai tempat bernaung daripada panas terik siang, sebagai tempat berlindung, dan sebagai tempat berteduh daripada angin ribut serta hujan.