YouVersion Logo
Search Icon

Ibrani 9:23-28

Ibrani 9:23-28 AVB

Salinan segala yang terdapat di syurga perlu disucikan dengan ini, tetapi segala yang di syurga itu sendiri memerlukan korban yang lebih mulia. Kristus tidaklah masuk ke tempat suci yang dibuat dengan tangan manusia, iaitu salinan tempat suci sejati. Dia telah masuk ke syurga itu sendiri, di hadirat Allah untuk kita. Dia tidak perlu mempersembahkan diri-Nya berkali-kali, sebagaimana Imam Besar masuk ke Tempat Yang Maha Suci setiap tahun dengan membawa darah makhluk lain. Andainya demikian, terpaksalah Dia menderita berkali-kali sejak permulaan dunia. Dia tampil sekali sahaja, sewaktu akhir zaman ini, untuk menghapuskan dosa dengan mengorbankan diri-Nya. Sebagaimana manusia ditentukan mati sekali, dan selepas itu dihakimkan, begitulah Kristus telah dikorbankan sekali untuk dosa semua manusia. Kepada mereka yang menunggu-Nya dengan penuh pengharapan, Dia akan datang bagi kali kedua, bukan untuk menanggung dosa tetapi untuk menyelamatkan mereka.