YouVersion Logo
Search Icon

Ezra 3:1-6

Ezra 3:1-6 AVB

Dengan ketibaan bulan ketujuh, berkumpullah orang Israel yang menetap di kota-kota sebagai umat yang bersatu di Yerusalem. Yesua anak Yozadak berserta para saudaranya, para imam itu, dan Zerubabel anak Sealtiel berserta para saudaranya, segera mendirikan mazbah Allah Israel untuk mempersembahkan korban bakaran di atasnya, sebagaimana yang tertulis dalam Kitab Suci Taurat yang disampaikan Allah melalui Musa, hamba Allah itu. Mazbah itu didirikan mereka di tempatnya semula sungguhpun mereka berasa takut kepada bangsa-bangsa negeri itu. Lalu di atas mazbah itu mereka mempersembahkan korban bakaran kepada TUHAN, iaitu korban bakaran untuk pagi dan juga petang. Mereka juga menyambut Perayaan Pondok Daun, sebagaimana yang tertulis, dan mempersembahkan korban bakaran harian menurut jumlah yang ditetapkan dalam peraturan bagi setiap harinya. Setelah itu, mereka mempersembahkan korban bakaran yang tetap, korban pada Bulan Baru, korban pada setiap perayaan yang suci bagi TUHAN, dan korban daripada setiap orang yang memberikan persembahan sukarela kepada TUHAN. Sejak hari pertama pada bulan ketujuh, mereka mula mempersembahkan korban bakaran kepada TUHAN. Namun begitu, asas Bait Suci TUHAN masih belum diletakkan.