YouVersion Logo
Search Icon

Keluaran 4:1-5

Keluaran 4:1-5 AVB

Jawab Musa pula, “Tetapi mereka tidak akan mempercayai aku atau mendengar kata-kataku bahkan mereka akan berkata, ‘TUHAN tidak menampakkan diri kepadamu!’ ” Firman TUHAN kepadanya, “Apakah yang ada di tanganmu itu?” Jawab Musa, “Tongkat.” Firman-Nya, “Campakkannya ke tanah.” Musa mencampakkannya ke tanah, lalu tongkat itu menjadi ular lantas larilah Musa meninggalkannya. Firman TUHAN kepada Musa, “Hulurkanlah tanganmu dan tangkaplah ekornya.” Musa menghulurkan tangannya dan menangkapnya, lalu ular itu menjadi tongkat semula di tangannya. “Lakukanlah hal itu supaya mereka percaya bahawa TUHAN, Allah nenek moyang mereka, Allah Abraham, Allah Ishak dan Allah Yakub, telah menampakkan diri kepadamu.”