YouVersion Logo
Search Icon

Keluaran 27:20-21

Keluaran 27:20-21 AVB

Hendaklah kamu perintahkan orang Israel untuk membawa kepadamu minyak zaitun tumbuk yang murni untuk pencahayaan supaya pelita sentiasa ternyala. Di dalam Khemah Pertemuan, iaitu di bahagian luar tabir yang menutupi tabut loh hukum itu, Harun dan anak-anak lelakinya hendaklah mengurus pelita itu agar tetap menyala di hadapan TUHAN dari petang sampai pagi hari. Ketetapan ini hendaklah sentiasa dipatuhi oleh orang Israel, turun-temurun.