Keluaran 15:23-25
Keluaran 15:23-25 AVB
Kemudian sampailah mereka di Mara, tetapi air di Mara tidak dapat diminum mereka kerana rasanya pahit. Itulah sebabnya tempat itu dinamai Mara. Maka bersungut-sungutlah umat itu kepada Musa. Kata mereka, “Apakah yang akan kami minum?” Musa berseru kepada TUHAN, lalu TUHAN menunjukkan kepadanya sebatang pokok kayu. Musa melemparkan kayu itu ke dalam air, lalu air itu menjadi manis. Di sanalah TUHAN memberikan ketetapan dan peraturan kepada mereka dan di sanalah Dia menguji mereka.