YouVersion Logo
Search Icon

Efesus 5:15-20

Efesus 5:15-20 AVB

Hiduplah dengan hati-hati — bukan seperti orang tidak arif tetapi sebagai orang bijaksana, dan pergunakanlah setiap peluang dengan sebaiknya kerana ini zaman durjana. Dengan demikian, janganlah bodoh, tetapi mengertilah kehendak Tuhan. Dan janganlah mabuk air anggur, yang berupa maksiat. Sebaliknya, penuhi diri dengan Roh. Berkata-katalah sesama sendiri dengan mazmur, lagu pujian serta nyanyian rohani, menyanyi dan berlagu untuk Tuhan dalam hatimu. Sentiasalah bersyukur atas segala-galanya kepada Allah Bapa dengan nama Tuhan kita Yesus Kristus.

Video for Efesus 5:15-20