YouVersion Logo
Search Icon

Ulangan 2:1-7

Ulangan 2:1-7 AVB

“Kemudian kita berbalik dan berangkat ke gurun, ke arah Laut Merah, seperti yang difirmankan TUHAN kepadaku. Sudah beberapa lamanya kita menelusur mengelilingi pergunungan Seir. Lalu TUHAN berfirman kepadaku, ‘Sudah cukup lama kamu mengelilingi pergunungan ini. Sekarang, tujulah ke utara dan berikanlah perintah kepada bangsa itu demikian, “Sekarang kamu akan melalui daerah saudaramu, iaitu bani Esau, yang tinggal di Seir. Mereka akan berasa takut kepadamu, tetapi ingat baik-baik, jangan kamu bertempur dengan mereka. Aku tidak akan memberikan negeri mereka kepadamu walau setapak kaki pun, kerana Seir telah Kukurniakan kepada Esau menjadi miliknya. Hendaklah kamu membeli makanan daripada mereka dengan wang supaya kamu dapat makan dan hendaklah kamu membeli air daripada mereka dengan wang supaya kamu dapat minum.” ’ TUHAN, Allahmu, telah memberkatimu dalam segala yang dikerjakan oleh tanganmu dan Dia memerhatikan perjalananmu di gurun yang luas ini. Selama empat puluh tahun ini TUHAN, Allahmu, menyertai engkau dan engkau tidak kekurangan satu apa-apa pun.

Free Reading Plans and Devotionals related to Ulangan 2:1-7