YouVersion Logo
Search Icon

Kolose 4:2-6, 12-13

Kolose 4:2-6 AVB

Bertekunlah dalam doa dan berjaga-jaga serta mengucap syukur. Doakan kami juga, semoga Allah membukakan kami suatu pintu bagi firman-Nya, supaya kami bercakap tentang rahsia Kristus. Oleh sebab rahsia itulah aku terpenjara ini, semoga aku dapat menyatakannya dengan jelas, sebagaimana yang sewajarnya. Dekatilah orang luar dengan bijaksana, dan pergunakanlah setiap peluang dengan baik. Perkataanmu hendaklah sentiasa penuh dengan kasih kurnia, digarami kebijaksanaan, supaya kamu tahu menjawab setiap orang dengan sewajarnya.

Kolose 4:12-13 AVB

Epafras, seorang daripada kamu, juga berkirim salam kepadamu. Dia hamba Kristus Yesus dan sentiasa mendoakanmu bersungguh-sungguh, supaya kamu berdiri teguh dengan penuh keyakinan dan kematangan dalam segala yang dikehendaki Allah. Aku bersaksi bahawa dia amat berusaha untuk kamu dan orang di Laodikia serta di Hierapolis.

Video for Kolose 4:2-6,12-13