Kisah Para Rasul 15:36-41
Kisah Para Rasul 15:36-41 AVB
Kemudian, Paulus berkata kepada Barnabas, “Sekarang baiklah kita melawat semula saudara-saudara yang percaya kepada Yesus di semua kota yang telah kita sampaikan firman Tuhan, untuk melihat bagaimana hal mereka.” Barnabas hendak membawa Yohanes yang juga bergelar Markus tetapi Paulus tidak bersetuju kerana Markus telah meninggalkan mereka di Pamfilia dan tidak ikut serta menjalankan tugas. Oleh itu, timbul perselisihan sengit dan mereka berpisah: Barnabas membawa Markus belayar ke Siprus manakala Paulus memilih Silas sebagai teman seperjalanannya. Setelah jemaah menyerahkan mereka kepada kasih kurnia Tuhan, mereka pun berangkat. Mereka menjelajahi Siria dan Kilikia sambil menetapkan hati jemaah di situ.