YouVersion Logo
Search Icon

2 Samuel 23:8-12

2 Samuel 23:8-12 AVB

Inilah nama-nama kesateria gagah yang menyertai Daud: Yoseb Basebet, orang Hakhmoni, ketua kepada Tiga Perwira. Dia pernah menggunakan tombaknya melawan lapan ratus orang yang ditewaskannya dalam satu pertempuran. Sesudah dia, Eleazar anak Dodo, anak seorang Ahohi, termasuk seorang daripada Tiga Perwira yang menyertai Daud ketika mereka mencemuh orang Filistin yang berkumpul di sana untuk berperang, padahal orang Israel telah mundur. Dia bangkit dan menewaskan orang Filistin sehingga tangannya penat dan melekat pada pedangnya. TUHAN memberikan kemenangan yang besar pada hari itu. Lalu kembalilah rakyat mengikutinya sekadar untuk menjarah sahaja. Sesudahnya ialah Sama anak Age, orang Harari. Ketika orang Filistin berkumpul di Lehi, tempat terdapat sebidang ladang penuh kacang merah, larilah seluruh pasukan dari hadapan orang Filistin. Akan tetapi, Sama berdiri di tengah-tengah ladang itu, mempertahankannya, dan mengalahkan orang Filistin. Demikianlah TUHAN memberikan kemenangan yang besar.

Free Reading Plans and Devotionals related to 2 Samuel 23:8-12