YouVersion Logo
Search Icon

2 Samuel 22:1-7, 29-30

2 Samuel 22:1-7 AVB

Daud mengucapkan perkataan nyanyian ini kepada TUHAN ketika TUHAN menyelamatkannya daripada cengkaman semua musuhnya dan daripada tangan Saul. Dia berkata, “TUHAN ialah batu pejalku, kubuku, dan penyelamatku. Allahku batu pejalku, kepada-Nya aku berlindung. Dialah perisaiku, tanduk penyelamatanku, benteng pertahananku, dan penyelamatku. Engkau menyelamatkan aku daripada keganasan. Aku berseru kepada TUHAN yang patut dipuji, maka aku pun diselamatkan daripada musuhku. Sesungguhnya, gelora badai maut mengepungku, curahan banjir kebinasaan mengerikanku, seksa alam kubur melilit aku, rahang jerat maut mendesak aku. Maka dalam kesesakanku aku berseru kepada TUHAN, aku meraung kepada Allahku, dan Dia mendengar suaraku dari Bait Suci-Nya, raunganku sampai kepada pendengaran-Nya.

2 Samuel 22:29-30 AVB

Engkaulah pelitaku, ya TUHAN, dan TUHAN menerangi kegelapanku. Kerana Engkau, aku dapat menerobos suatu gerombolan, kerana Allahku aku dapat melompati tembok.