2 Tawarikh 5:13-14
2 Tawarikh 5:13-14 AVB
Para peniup nafiri dan penyanyi itu serentak memperdengarkan suara untuk memuji dan mengucap syukur kepada TUHAN. Dengan diiringi nafiri, ceracap, dan alat-alat muzik yang lain, para penyanyi mengangkat suara sambil memuji TUHAN, demikian, “Kerana Dia baik, kasih-Nya kekal selama-lamanya!” Tiba-tiba awan memenuhi bait itu, iaitu Bait TUHAN, dan para imam tidak dapat berdiri untuk menyelenggarakan ibadat disebabkan awan itu, kerana kemuliaan TUHAN memenuhi Rumah Allah.