YouVersion Logo
Search Icon

2 Tawarikh 18:9-16

2 Tawarikh 18:9-16 AVB

Pada waktu itu, dengan menyarung pakaian kebesaran, raja Israel dan Yosafat, raja Yehuda, duduk di atas takhta masing-masing di tempat pembantingan, di depan pintu gerbang Samaria, sementara semua nabi itu bernubuat di hadapan mereka. Zedekia anak Kenaana membuat bagi dirinya tanduk-tanduk daripada besi lalu berkata, “Beginilah firman TUHAN, ‘Dengan inilah tuanku akan menanduk orang Aram sampai mereka tumpas.’ ” Semua nabi pun bernubuat demikian, kata mereka, “Majulah ke Ramot-Gilead dan raihlah kejayaan, kerana TUHAN akan menyerahkannya ke dalam tangan Raja.” Sementara itu utusan yang pergi memanggil Mikha berkata kepada Mikha, “Ketahuilah, nabi-nabi itu bersatu hati mengatakan hal yang baik kepada raja. Jadi, hendaklah kata-katamu sama dengan kata-kata seorang daripada kalangan mereka. Katakanlah hal yang baik.” Jawab Mikha, “Demi TUHAN yang hidup, sesungguhnya apa yang difirmankan Allahku, itulah yang akan kukatakan.” Setelah dia sampai di hadapan raja, berkatalah raja kepadanya, “Mikha, bolehkah kami pergi berperang ke Ramot-Gilead, atau haruskah aku membatalkannya?” Jawabnya, “Majulah dan raihlah kejayaan. Mereka akan diserahkan ke dalam tangan tuanku.” Tetapi kata raja kepadanya, “Sampai berapa kali aku harus menyuruh engkau bersumpah untuk tidak mengatakan apa-apa kepadaku selain kebenaran dalam nama TUHAN?” Kata Mikha, “Aku melihat semua orang Israel tercerai-berai di gunung-gunung seperti domba yang tidak bergembala. Lalu TUHAN berfirman, ‘Mereka ini tidak bertuan. Biarlah mereka pulang ke rumah masing-masing dengan selamat.’ ”