YouVersion Logo
Search Icon

1 Petrus 2:21-25

1 Petrus 2:21-25 AVB

Justeru inilah kamu telah dipanggil, kerana Kristus juga menderita untuk kita, memberi kita teladan, supaya kita menurut jejak langkah-Nya. “Dia tidak melakukan dosa, dan tidak ada tipu daya dalam mulut-Nya.” Apabila Dia dicela, Dia tidak mencela kembali. Apabila Dia menderita, Dia tidak mengugut, tetapi menyerahkan diri-Nya kepada Allah yang menghakimi dengan adil. Dia menanggung dosa kita dalam tubuh-Nya sendiri di kayu salib, supaya kita mati terhadap dosa dan hidup untuk perbenaran. Luka-luka-Nya telah menyembuhkan kamu. Dahulu kamu seperti domba yang sesat, tetapi sekarang kamu telah kembali kepada Gembala dan Pemelihara jiwamu.

Video for 1 Petrus 2:21-25