Walaupun TUHAN, Allah Israel telah menampakkan diri sehingga dua kali kepada Raja Salomo, dan melarang baginda menyembah tuhan-tuhan lain, namun Raja Salomo tidak taat kepada TUHAN. Baginda malah meninggalkan TUHAN. Oleh itu TUHAN murka terhadap Raja Salomo.