1
Wahyu 21:4
Alkitab Versi Borneo
Allah akan menghapuskan setiap titik air mata mereka. Tiadalah lagi kematian, kesedihan dan tangisan. Tiada lagi kesakitan, kerana segala yang lama telah lenyap.”
Compare
Explore Wahyu 21:4
2
Wahyu 21:5
Kemudian Dia yang bersemayam di atas takhta berkata, “Lihatlah, Aku telah mencipta segalanya baru.” Dia berfirman kepadaku, “Tuliskanlah, kerana kata-kata ini benar dan tepat.”
Explore Wahyu 21:5
3
Wahyu 21:3
Aku mendengar suara lantang dari takhta berkata, “Lihatlah, tempat kediaman Allah sekarang berserta manusia, dan Dia akan tinggal bersama mereka, dan mereka akan menjadi umat-Nya, dan Allah sendiri akan bersama mereka sebagai Allah mereka.
Explore Wahyu 21:3
4
Wahyu 21:6
Firman-Nya lagi, “Segalanya telah selesai! Akulah Alfa dan Omega, Yang Pertama dan Yang Terakhir. Aku akan memberikan mata air hidup dengan percuma kepada sesiapa yang dahaga.
Explore Wahyu 21:6
5
Wahyu 21:7
Sesiapa yang menang akan mewarisi segala-galanya. Aku Allahnya dan dia anak-Ku.
Explore Wahyu 21:7
6
Wahyu 21:8
Tetapi mereka yang pengecut, tidak beriman, durjana, pembunuh, melakukan yang cabul, ahli sihir, penyembah berhala dan semua pendusta akan dimasukkan ke dalam lautan yang menyala dengan api dan belerang. Inilah kematian kedua.”
Explore Wahyu 21:8
7
Wahyu 21:1
Aku melihat langit baru dan bumi baru, kerana langit dan bumi yang lama telah lenyap, dan laut pun tiada lagi.
Explore Wahyu 21:1
8
Wahyu 21:2
Kemudian aku, Yohanes, melihat kota suci, Yerusalem Baru, diturunkan Allah dari syurga, seperti pengantin yang terhias untuk suaminya.
Explore Wahyu 21:2
9
Wahyu 21:23-24
Kota itu tidak memerlukan sinaran matahari dan bulan, kerana kemuliaan Allah meneranginya dan Anak Domba itu pelitanya. Semua bangsa berjalan dalam cahayanya, dan raja-raja di bumi membawa kemuliaan mereka ke dalamnya.
Explore Wahyu 21:23-24
Home
Bible
Plans
Videos