1
Markus 6:31
Alkitab Versi Borneo
Orang yang datang dan pergi di situ begitu ramainya sehingga Yesus dan murid-murid-Nya tidak sempat makan. Oleh itu, Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, “Marilah ke tempat yang sunyi supaya kita dapat bersendirian, dan berehat sebentar.”
Compare
Explore Markus 6:31
2
Markus 6:4
Yesus berkata kepada mereka, “Seorang nabi dihormati di mana-mana kecuali di kampung halamannya, antara sanak saudaranya dan dalam keluarganya sendiri.”
Explore Markus 6:4
3
Markus 6:34
Apabila Yesus turun dari perahu dan melihat orang ramai di situ, hati-Nya berbelas kasih terhadap mereka kerana mereka ibarat domba tanpa gembala. Dia pun mula mengajar banyak perkara kepada mereka.
Explore Markus 6:34
4
Markus 6:5-6
Dia tidak dapat melakukan satu mukjizat pun di situ. Dia hanya menyembuhkan beberapa orang sakit dengan meletakkan tangan-Nya pada mereka. Dia sungguh hairan bahawa mereka tidak percaya. Selepas itu, Yesus pergi ke kampung-kampung di sekitar itu dan mengajar.
Explore Markus 6:5-6
5
Markus 6:41-43
Setelah Yesus mengambil lima buku roti dan dua ekor ikan itu, Dia menengadah ke langit dan mengucap syukur. Kemudian Dia memecah-mecahkan roti itu dan menghulurkannya kepada murid-murid-Nya untuk diberikan kepada orang ramai itu. Dia juga membahagikan dua ekor ikan itu kepada mereka semua. Mereka semuanya makan sehingga kenyang. Para murid-Nya mengumpulkan lebihan makanan dan ikan sebanyak dua belas bakul.
Explore Markus 6:41-43
Home
Bible
Plans
Videos