Kemudian, Iblis membawa Yesus ke Yerusalem lalu meletakkan-Nya di puncak Bait Suci dan berkata kepada-Nya, “Jika Engkau Anak Allah, terjunlah dari sini, kerana telah tersurat, ‘Allah akan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya untuk menjaga-Mu dan mereka akan menatang-Mu supaya kaki-Mu tidak terhantuk batu.’ ”
Tetapi Yesus menjawab, “Ada dikatakan, ‘Janganlah engkau menduga Tuhan, Allahmu.’ ”