1
Yosua 10:13
Alkitab Versi Borneo
Maka matahari pun berhenti dan bulan pun tertahan sampai bangsa itu menuntut balas terhadap musuh-musuh mereka. Bukankah hal itu tertulis dalam Kitab Yasar? Sehari suntuk matahari tertahan di tengah-tengah langit dan tidak cepat-cepat terbenam.
Compare
Explore Yosua 10:13
2
Yosua 10:12
Pada hari TUHAN menyerahkan bani Amori itu kepada orang Israel, berdoalah Yosua kepada TUHAN, lalu di hadapan mata orang Israel dia berkata, “Wahai matahari, berhentilah engkau di atas Gibeon dan engkau, wahai bulan, di atas Lembah Ayalon!”
Explore Yosua 10:12
3
Yosua 10:14
Belum pernah ada hari seperti itu sebelum ataupun sesudahnya, bahawa TUHAN mendengar permohonan seorang manusia sedemikian, kerana TUHAN berperang demi orang Israel.
Explore Yosua 10:14
4
Yosua 10:8
TUHAN berfirman kepada Yosua, “Jangan takut kepada mereka, kerana Aku telah menyerahkan mereka ke dalam tanganmu. Tiada seorang pun daripada mereka yang mampu bertahan di hadapanmu.”
Explore Yosua 10:8
5
Yosua 10:25
Kata Yosua kepada mereka, “Jangan gentar dan jangan kecut hati. Kuatkanlah dan mantapkanlah hatimu, kerana demikianlah TUHAN akan memperlakukan semua musuhmu yang akan kamu perangi.”
Explore Yosua 10:25
Home
Bible
Plans
Videos