Kemudian Nabi Yeremia berkata kepada Nabi Hananya, “Dengarlah, wahai Hananya! TUHAN tidak mengutus engkau, tetapi engkau telah membuat rakyat ini mempercayai dusta. Oleh sebab itu beginilah firman TUHAN, ‘Sesungguhnya, Aku akan mengusir engkau dari muka bumi. Pada tahun ini juga engkau akan mati, kerana engkau mengajarkan pembelotan terhadap TUHAN.’ ”