“Jika engkau tidak lagi menginjak-injak hari Sabat dan melakukan kehendakmu sendiri pada hari-Ku yang suci itu,
jika engkau menyebut hari Sabat ‘hari kesenangan,’
hari suci TUHAN ‘hari mulia,’
dan jika engkau menghormatinya dengan tidak melakukan kegiatan-kegiatanmu sendiri
atau mencari kesenanganmu sendiri serta berkata-kata semahumu,
maka engkau akan bersenang-senang kerana TUHAN.
Aku akan membuat engkau berkenderaan di atas tempat-tempat tinggi di bumi,
dan Aku akan memberi engkau makan daripada harta pusaka Yakub, nenek moyangmu,
kerana TUHAN sendiri telah berfirman.”