Pada waktu itu kemuliaan Allah Israel telah terangkat dari atas malaikat kerubin, iaitu dari tempatnya semula, ke ambang pintu Bait Suci. Kemudian Dia memanggil orang yang berpakaian linen itu, yang di pinggangnya ada wadah tinta seorang penulis. Firman TUHAN kepadanya, “Berjalanlah, lintasi seluruh Kota Yerusalem itu dan letaklah tanda pada dahi mana-mana orang yang mengeluh serta mengerang kerana segala kekejian yang dilakukan di dalamnya.”