1
Yohanes 14:27
Alkitab Versi Borneo
Sejahtera Kutinggalkan bagimu. Sejahtera-Ku sendiri Kuberikan kepadamu. Apa yang Kuberikan kepadamu bukan seperti yang disogokkan oleh dunia. Janganlah resah hatimu dan janganlah takut.
قارن
اكتشف Yohanes 14:27
2
Yohanes 14:6
Yesus menjawab, “Akulah jalan, kebenaran dan hidup. Tiada seorang pun datang kepada Bapa kecuali melalui-Ku.
اكتشف Yohanes 14:6
3
Yohanes 14:1
“Janganlah resah hatimu. Percayalah kepada Allah dan percayalah juga kepada-Ku.
اكتشف Yohanes 14:1
4
Yohanes 14:26
Namun demikian, Penolong, iaitu Roh Kudus yang akan diutus Allah dalam nama-Ku, akan mengajarmu segala-galanya dan mengingatkanmu tentang apa yang telah Kukatakan kepadamu.
اكتشف Yohanes 14:26
5
Yohanes 14:21
Sesiapa yang menerima dan mematuhi perintah-perintah-Ku, mengasihi-Ku. Sesiapa yang mengasihi-Ku akan dikasihi oleh Bapa-Ku, dan Aku juga akan mengasihinya serta memperlihatkan diri-Ku kepadanya.”
اكتشف Yohanes 14:21
6
Yohanes 14:16-17
Aku akan memohon kepada Bapa dan Bapa akan mengurniaimu Penolong yang akan menyertaimu selama-lamanya. Penolong itu Roh Kebenaran. Dunia tidak dapat menerima-Nya kerana tidak dapat melihat atau mengenal-Nya. Tetapi kamu mengenal-Nya kerana Dia tetap di dalammu dan akan ada di dalam dirimu.
اكتشف Yohanes 14:16-17
7
Yohanes 14:13-14
Apa sahaja yang kamu minta dengan nama-Ku, Aku akan melakukannya supaya kemuliaan Bapa ternyata melalui Anak-Nya. Apa sahaja yang kamu minta daripada-Ku dengan nama-Ku akan Kulakukan.”
اكتشف Yohanes 14:13-14
8
Yohanes 14:15
“Jika kamu mengasihi-Ku, kamu akan mematuhi perintah-perintah-Ku.
اكتشف Yohanes 14:15
9
Yohanes 14:2
Di dalam rumah Bapa-Ku ada banyak tempat tinggal. Jika hal ini tidak benar, tidaklah Kukatakan kepadamu. Aku akan pergi menyediakan tempat untukmu.
اكتشف Yohanes 14:2
10
Yohanes 14:3
Jika Aku pergi dan menyediakan tempat untukmu, Aku akan pulang dan membawamu ke tempat-Ku, supaya di tempat Aku berada di situ juga kamu berada.
اكتشف Yohanes 14:3
11
Yohanes 14:5
Tomas berkata kepada Yesus, “Tuhan, kami tidak tahu ke mana Engkau pergi, bagaimana kami mungkin tahu jalan ke sana?”
اكتشف Yohanes 14:5
الصفحة الرئيسية
الكتاب المقدس
خطط
فيديو